Assalamualaikum

Khamis, 26 Mei 2016

RAMADHAN DATANG LAGI


Ya ramadhan datang lagi, dan kali ni ramadhan aku diperantauan sebagai seorang isteri wah ayat hehe. Aku oke ke? hurm oke kan jew even hati ni dah terbang balik ke Batu Pahat.



Banyak benda yang terpaksa kita diamkan semata-mata untuk hepikan keluarga, anggap itu sebagai pengorbanan kita sebagai anak walau hakikatnya kita rasa tak bahagia. Kena bahagiakan jiwa.
Harapnya ramadhan kali ni sama macam duduk ngan mak uhukk rindu makk!






P/S : Mak orang len tetap tak sama macam mak kita kan waaaaaaaaaa....!


Ahad, 22 Mei 2016


Perit bila kita diuji dengan pembohongan. Lagi-lagi bila orang tu adalah teman istimewa kita, bersama dengan orang kita kenal pulak tuh.

Suatu ketika dahulu aku pernah hilang kawan baik semata-mata untuk memilih dia. Dengan harapan dia boleh menjadi bukan sekadar teman istimewa bahkan kawan baik juga.

Akhirnya dia berdusta!



Padanlah wahai muka. Mata berkaca, hati terluka. Apalah ertinya, di saat aku jatuh kau buat aku tersungkur. Di saat aku hiba, kau menjerit ketawa.

Jika engkau membaca ini, aku hanya ingin kau tahu betapa kecewanya hatiku dengan seorang penipu!



Khamis, 19 Mei 2016


Rasa yang sudah hilang
Sewaktu itu
Lantas aku kemari
Untuk memupuknya kembali

Semadikan kenangan itu
Jauh di dasar sana
Nyatakan padanya
Tiada nilai apa-apa
Kita cuma terleka,
Kita manusia biasa
Izinkanku Mencintaimu Semula


Rabu, 18 Mei 2016

SEPI SEORANG PERINDU


Haii! Berkurun lama dahh tak menulis, tak tahu lah karya aku sekarang boleh pakai lg or tak. Bercakap pasal rindu dan sepi ni, yup mg aku terlalu asing di sini. Rindu tu jangan kata lah, 100% hidup aku berbeza bila dah kawen ni.


Pengorbanan meninggalkan impian, tinggalkan family tercinta, hurmm tapi tanggungjawab lagi utama kan.. Kadang2 kita perlu korbankan kepuasan untuk sesuatu yg lebih utama.

Lama sangat tiada masa untuk diri, pernah ada tapi tak sempat cerita. haha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Created by Juja